tanpa...!!

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa...
Dirimu aku mati
Hooo...
 
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hooo...

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengeti...

Album kedua 6ixth Sense Lebih Mantap......


6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama yang menggabungkan pemuzik daripada dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, di bawah bumbung Rumpun Record. Kumpulan yang mengetengahkan konsep Pop Rock ini dibarisi Adi Priyo (vokalis), Safwan Hasnan (Wan – dram), Mohd Fairuz Ramli (Ayoy – bass), Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie – gitar utama) dan Mohd Azmi Yahya (Airbone – gitar irama) mula menjadi sebutan apabila lagu Hari Ini Dan Semalam yang pernah dipopularkan penyanyi 60-an, J Mizan kembali dirakamkan.
Percubaan 6ixth Sense itu nyata berbaloi kerana lagu lama yang diberi nafas baru itu mendapat putaran luar biasa. Tiada siapa menduga percubaan untuk menyatakan penghargaan terhadap khazanah lagu lama Melayu itu akhirnya membawa 6ixth Sense melangkah lebih jauh lagi. Walaupun kemunculan awal mereka diiringi kontroversi apabila Adi yang berasal dari Jambi, Indonesia diangkat sebagai vokalis lalu menimbulkan pertikaian seolah industri muzik tempatan ketandusan bakat yang mampu menerangi langit seni Malaysia, 6ixth Sense mempunyai alasan sendiri.
Mereka hadir bersama wawasan, tidak sekadar ingin keindahan muzik mereka hanya dinikmati pemuzik di Malaysia semata-mata, sebaliknya mereka mahu menjangkau lebih daripada itu. Mereka ingin menembusi pasaran muzik Indonesia dengan membawa karya kreatif tempatan walaupun terpaksa berdepan pelbagai halangan dalam merealisasikan impian besar itu. Meskipun album yang memakai judul Hari Ini masih belum mampu menjadikan cita-cita mereka itu sebagai sebuah kenyataan, 6ixth Sense berusaha keras untuk melakar sejarah mereka yang tersendiri menerusi album kedua, 6ixth Sense.
6ixth sense
Menyifatkan album yang memunculkan wajah lima anggota kumpulan itu dengan imej yang lebih matang dan ‘sound’ yang membentuk identiti 6ixth Sense sebagai band baru berwibawa, mereka berjaya mencipta fenomena baru kepada industri muzik. 6ixth Sense berjaya meyakinkan syarikat Metadome Sdn Bhd yang bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi terkenal, Maxis untuk melancarkan album kedua dalam bentuk pasaran digital. Usaha baru yang cuba dipelopori oleh dua nama gergasi dalam memajukan dengan tuntutan dunia teknologi yang serba pantas.
Menerusi kerjasama itu, peminat berpeluang untuk menikmati sensasi baru yang ditawarkan 6ixth Sense dalam album kedua dalam bentuk true tones, nada bunyi polifonik, muat turun lagu penuh, nada dering pemanggil dan pelbagai lagi untuk disesuaikan dengan kehendak peminat muzik semasa. Pemilihan 6ixth Sense sebagai pelopor dalam pengedaran album seperti itu bersesuaian apabila Maxis mengangkat kumpulan popular itu sebagai Artist Of The Month, Jun lalu.
Bercerita mengenai album kedua yang masih mempertahankan konsp pop yang dibaluti nuansa rock dan emo itu, Adi menyifatkan 6ixth Sense sedang menempuh kematangan dalam aliran muzik yang dibawakan. Berbeza kerana album pertama lebih dilihat sebagai percubaan untuk memahat nama mereka dalam industri muzik, hala tuju 6ixth Sense dalam album kedua itu lebih menyerlah. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka bakal mengulangi kejayaan yang pernah dilakar menerusi album pertama yang rata-rata mendapat pujian daripada pengkritik muzik. 6ixth Sense membuktikan mereka berupaya menghasilkan mutu produksi yang setanding dengan pemuzik luar, terutama band dari Indonesia yang semakin kukuh menguasai pasaran muzik tempatan.
Keberanian mereka untuk meneroka bunyian yang lebih mencabar, malah cuba bereksperimentasi untuk memperkenalkan sentuhan 6ixth Sense kepada khalayak pendengar menjadikan produksi album ini begitu peribadi kepada mereka berlima. Jika Hari Ini Dan Semalam berjaya membolosi carta radio tempatan, malah antara komposisi yang mendapat putaran terbanyak di stesen radio nombor satu negara, Era, tidak mustahil jika Tak Bisa Memilihmu yang diangkat sebagai single sulung kumpulan itu mengulangi kejayaan yang sama.
Bahkan tatkala dipendengarkan kepada beberapa pihak, mereka yakin sentuhan baru daripada lima anak muda terbabit akan membawa mereka terbang jauh dalam industri muzik. Impian mereka untuk mendakap realiti dengan meluncurkan album di negara Indonesia semakin menghampiri. Tak Bisa Memilihmu bakal menjadikan impian 6ixth Sense satu kenyataan, disokong oleh Metadome yang membuat percaturan berani untuk melancarkan projek ulung itu dengan album kedua kumpulan itu.
[tags]6ixth Sense, Rumpun Records, mp3 songs, lagu pop rock, Adi Priyo, vokalis, Safwan Hasnan, Wan, dram, Mohd Fairuz Ramli, Ayoy, bass,  Mohd Faiz Azizi Arlis, Gjie, gitar utama, Mohd Azmi Yahya, Airbone, gitar irama, Hari Ini Dan Semalam, J Mizan, lagu 60 an, football player, gitaris, album terbaru, iphone, iPod, download, muat turun mp3, pertunangan Adi, gambar, Adi berkahwin, anak artis, Malaysia, Indonesia, Artist Of The Month, Maxis, Celcom, DiGi, perlawanan bola sepak, Piala Asia, Sureheboh, Skuad kebangsaan[/tags]